بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini jauh juga kami beraya. Kami ke 

  • Rawang - rumah kawan sepejabat Mummy
  • Pantai Permai - rumah pengasuh Aina dan Aidan.
  • Bangsar - rumah sepupu Mummy
  • Decathlon Jalan Klang Lama - beli-belah sempena berkelah ke Sunway Water Theme Park esok.

Aidan bersiap untuk keluar beraya.
# Saturday, 28 May 2022, 11:40 # OPPO Reno2 # IMG20220528114027 # Rumah BBST #

lukisan kanak-kanak makan kenduri jamuan rumah terbuka
Aidan dan Aina sedang menikmati hidangan rumah terbuka kawan Mummy di M Aruna Rawang
# Saturday, 28 May 2022, 14:00 # Xiaomi M2003J15SC # IMG_20220528_140016 # https://goo.gl/maps/tyjoduVtZsMMo1XT9 #

Berhenti sebentar di Hentian Sungai Buloh arah Selatan untuk tunaikan solat jamak taqdim qasar Zuhur dan Asar ketika dalam perjalanan dari Rawang ke Pantai Permai.
# Saturday, 28 May 2022, 16:10 # 20220528 # Xiaomi M2101K7BG # https://goo.gl/maps/XRRsA5cmWd7bS7du5 #

lukisan budak sedang minum menggunakan gelas plastik
Aidan sedang makan dan minum dengan penuh selera ketika kami singgah beraya di rumah Umi Ogy iaitu bekas pengasuhnya ketika bayi sebelum zaman Perintah Kawalan Pergerakan dan sebelum Master bertukar kerja. Rumahnya terletak di Pantai Permai. Sayangnya Aina malu-malu manakala Aidan sudah tentulah tidak ingat abang dan kakak yang pernah menjaganya.
# Saturday, 28 May 2022, 17:57 # 20220528 # OPPO Reno2 # IMG20220528175759 # https://goo.gl/maps/rJPgxDYyvsPNFCtM9 #

Lukisan budak perempuan dan budak lelaki sedang bermain dengan kucing di rumah kakitangan KTMB Bangsar.
Aina dan Aidan sedang menyakat anak kucing di rumah kakitangan KTMB Bangsar.
# 20220528 19:32 # comica_cartoon1659111410652 #

 


~20220528~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih