بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari Komunikasi di Tadika Aina

Pada waktu tengah hari, Mummy dan Master ke Taska di mana Aina belajar untuk menghadiri Hari Komunikasi iaitu satu sesi di mana para pelajar tadika tersebut perlu menyambut ibu bapa mereka dan berkongsi mengenai kelas di mana mereka belajar.
Aina macam biasalah, angguk angguk geleng geleng semasa dalam sesi tersebut. Dia ni tak bercakap kalau di Taska tapi kalau keluar sahaja dari tadika menjerit sana sini.
Aina shows her seat in the class when Mummy and Master attend the Communication Day organized by the task where Aina studies.
Aina menunjukkan tempat duduknya dalam kelas ketika Mummy dan Master menghadiri Hari Komunikasi anjuran tadika di mana Aina belajar.
# Friday, 17 June 2022, 12:28 # 20220617 # OPPO Reno2 # IMG20220617122813 #
Selepas sesi tersebut kami sekeluarga pulang ke rumah termasuklah Aina.
Master ke Surau Desa Vista untuk tunaikan solat Jumaat, dan sekembalinya Master ke rumah selepas selesai solat Jumaat kami bergerak jemput Aidan di taskanya sebelum bergerak ke Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang. Aidan telah disiapkan oleh para cikgu taska tersebut kerana telah dimaklumkan bahawa kami akan menjemputnya awal pada hari ini.
Kami meneruskan perjalanan ke Bagan Lalang dan sebaik sahaja sampai di Bagan Lalang kami terus daftar masuk bilik di Hotel Seri Malaysia, sebelum kami menaiki kereta menuju ke kawasan pantai. Boleh sahaja berjalan kaki dari kawasan Hotel Seri Malaysia itu ke pantai melalui pintu belakang tetapi pintu akan ditutup pada jam 7 malam.
This hatchback car is also good, two boys with wet clothes didn't bring extra clothes to change after bathing at the beach, we stuffed them in the back of the car with a light barrier on the way back to Hotel Seri Malaysia.
Bagus juga kereta hatchback ni, dua orang budak yang basah bajunya tak bawa baju lebih untuk ditukar lepas mandi pantai kami sumbat ke belakang kereta beralaskan penghadang cahaya ketika dalam perjalanan pulang ke Hotel Seri Malaysia.
# Friday, 17 June 2022, 19:45 # OPPO Reno2 # IMG20220617194535 #

Makan malam di Bagan Lalang

Balik sahaja dari pantai Bagan Lalang kami mandi membersihkan diri di bilik hotel. Walaupun telah keletihan namun perut perlu juga diisi, jadi kami memutuskan untuk pergi mencari makan malam di sekitar kawasan pantai Bagan Lalang.
Bagan Lalang memang ada banyak kedai makan yang mejual makanan laut sinonim dengan aktiviti nelayan di sana. Kali ini kami memilih untuk mencuba makanan di Restoran Terapung H.M Sri Bagan.
Dinner at H.M Sri Bagan Floating Restaurant. The first time we had dinner at Bagan Lalang on this side which is near Kuala Sungai.
Makan malam di Restoran Terapung H.M Sri Bagan. Pertama kali kami makan malam di Bagan Lalang sebelah sini iaitu berhampiran kuala sungai. Memandangkan malam ini kami bermalam di Hotel Seri Malaysia maka ada la kesempatan untuk makan malam, jika tidak memang takkan makan di sekitar Bagan Lalang ni maklumlah sesak ramai pengunjung. Ini pun hari kerja maka mungkin tidak ramai orang di sini.
# Friday, 17 June 2022, 22:20 # OPPO Reno2 # IMG20220617222040 # https://goo.gl/maps/GkDDQC6FFDUTamq26 #
A picture of a boat anchored in a river basin in Bagan Lalang seen from the HM Sri Bagan floating restaurant.
Gambar bot berlabuh di kuala sungai di Bagan Lalang dilihat dari restoran terapung HM Sri Bagan.
# Friday, 17 June 2022, 22:19 # Xiaomi M2101K7BG # IMG_20220617_221859 #

~20220617~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih