بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari komunikasi di Tadika Aina

lukisan bapa dan anak perempuan sedang makan minum di restoran
Pagi ni jam 10:30 ada sesi Hari Komunikasi ke-2 di tadika Aina. Sebelum ke tadika Aina, Master hantar Aidan ke taska dan bawa Aina makan roti canai di Taman Seroja. Mummy tak ikut kali ini kerana ada mesyuarat.
# Friday, 23 September 2022, 10:13 # Xiaomi M2101K7BG # IMG_20220923_101309 #

Berbeza dengan sesi sebelum ini, pada sesi kali ini Aina tidak menceritakan mengenai kelas di tadikanya, sebaliknya guru Aina menerangkan mengenai prestasi Aina dalam ujian dan pembelajaran. Secara umumnya prestasi lisan Aina agak rendah, manakala prestasi dalam penulisan pula agak bagus. Terkejut pula Master kerana tidak sangka Aina boleh menjawab melalui penulisan. 

Bahagian lisan pula entah kenapa Aina ni tak mahu bercakap depan guru-guru. Kalau guru dia tiada sekejap boleh pula dia jawab soalan Master.


Solat jenazah dan pengkebumian jenazah bapa mertua jiran

Petang ini Master menunaikan solat fardhu Jumaat di Masjid Sultan Hishamuddin tidak seperti kebiasaan di Surau Desa Vista kerana Master mahu menyertai solat jenazah arwah bapa mertua seorang jiran kami yang meninggal dunia di rumahnya sekitar jam 5 pagi tadi. Tanah perkuburan Islam terletak di sebelah kawasan masjid.
# dilarang memijak dan duduk di atas kubur #
# Friday, 23 September 2022, 14:39 # 20220923 # kamera telefon pintar Xiaomi M2101K7BG # IMG_20220923_143910 #

~20220923~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih