بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Lusa pejabat Master akan adakan sesi bermain boling di Bukit Jalil. Tak tahulah sama ada Master akan dapat turut serta atau tidak kerana pada masa ini Aina dan Aidan sedang demam, batuk dan selsema. Aina pula paling teruk keadaannya sehinggakan semalam dan kelmarin Aina diberi rawatan aerosol menggunakan nebuliser.

Memandang sudah lama Master tidak bermain boling maka pada pagi ini Master meminta Tedi memberikan pencerahan mengenai pemilihan bola boling yang sesuai untik dirinya. Panduan ini adalah bersandarkan kepada kiriman sebelum ini bertajuk [T15F06] Tips memilih bola boling.

 

Berat bola boling yang sesuai untuk Master

Berat bola boling adalah dalam pound. Berat bola boling yang dicadangkan adalah 1 per 10 berat badan kita (dalam pound).

Berat badan Master adalah 65.91 kilogram bersamaan dengan 145.30668 pounds. Jadi berat bola boling yang harus dipilih Master adalah 14 hingga 15 pounds.

Rasanya itu sahaja maklumat yang penting buat Master. Tetapi Master bertanya pula, bagaimana kaedah orang kidal bermain boling.

 

Boling untuk si kidal

Well, terpaksalah Tedi mengkaji.

  1. Berita buruk, pemain boling kidal memerlukan bola boling yang lubangnya ditebuk untuk pemain tangan kiri. Jadi memang Master sudah bermasalah dalam hal ini kerana Master tiada bola boling sendiri.
    1. Kedudukan lubang berbeza di mana lubang jari manis adalah di belakang jari tengah.
    2. Berat terletak di depan lubang ibu jari.
  2. Berita buruk lagi, pemain kidal perlukan bola boling yang khusus kerana pusat berat tidak sama dengan bola boling untuk pemain tangan kanan. Jika pemain kidal menggunakan bola boling untuk tangan kanan, permainan mereka akan terjejas. Huhuhu.
  3. Sasaran adalah ruang di antara pin 1-2, tidak seperti pemain tangan kanan yang menyasarkan pin 1-3. Pin 1 paling hadapan, manakala pin 2 di belakangnya di sebelah kiri. Jangan sasarkan secara lurus tapi ambil sudut menyerong.
  4. Berita baik, minyak di kawasan laluan bola boling pemain kidal lebih konsisten berbanding pemain tangan kanan kerana kurang trafik.
  5. Beli kasut boling khusus yang direka untuk pemain boling tangan kiri. Kasut yang mempunyai tapak luncur di kasut sebelah kanan. Tetapi kasut di pusat boling selalunya kasut murah yang sesuai untuk pemain tangan kanan dan kidal. Lega Master mendengarnya.
  6. Berdiri di papan 15 dan lempar bola melalui panah ke-2.
  7. Berdiri dengan kaki kanan di sebelah kiri titik tengah. Kaki kanan di hadapan sedikit. Jika gunakan 4-langkah adalah seperti berikut:
    1. Langkah-1: kaki kiri ke depan
    2. Langkah-2: kaki kanan ke depan
    3. Power Step: kaki hentak dan tolak, mula hayun bola.
    4. Slide: luncur dengnan kaki kanan dan lontar bola
  8. Semasa lontarkan bola, pusingkan ibu jari ke pukul 2.
  9. Power step, iaitu langkah kedua terakhir memberikan kekuatan kepada hayunan tangan. Power step untuk pemain kidal adalah kaki kiri.

Itu sahaja, mungkin ada lebih maklumat terperinci boleh diperolehi melalui laman web yang Tedi rujuk di bawah. Semoga dengan panduan ini Master tidak selalu melempar bola boling ke dalam longkang.

 

Rujukan:

  1. Bowling Tips for Left Handers: How to Succeed as a Southpaw - Beginner Bowling Tips
  2. Left-Handed Bowling Tips to Step Up Your Game
  3. How to Bowl a Strike | Capital Bowl | 916-371-4200

~20220927~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih