بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah error yang pelik semasa menggunakan SourceTree dan GIT. Jumpa error seperti di bawah:

git -c diff.mnemonicprefix=false -c core.quotepath=false --no-optional-locks checkout --progress error: inflate: data stream error (incorrect header check) error: unable to unpack header fatal: loose object stored in .git/objects is corrupt

Kebetulan pada masa ini komputer riba dengan sistem operasi Windows 10 menghadapi masalah di mana banyak fail hilang dalam partition D. Berlaku juga masalah tidak dapat akses folder dalam partition D kerana tetapan keselamatan telah berubah.

Kawan arahkan backup semua fail yang ada dalam komputer riba ini.

Jadi Tedi berpendapat bahawa masalah di atas adalah kerana masalah yang sama di mana fail dalam folder .git telah rosak.

Apabila masalah ini berlaku kita tak boleh check out branch lain. Tak nampak changes yang telah dibuat. Banyak lagilah masalah lain.

 

Cara Baiki

Tedi mengatasi masalah ini dengan klon projek sama ke folder baru. Kemudian ambil folder .git\objects daripada projek baru itu untuk gantikan folder sama dalam folder lama.

Tedi berbuat demikan kerana masalah ini menyebabkan Tedi tak nampak changes yang telah dibuat. Jika Tedi gunakan projek baru bermaksud Tedi kehilangan pertukaran yang telah dibuat. Alhamdulillah jika buat seperti ini kita akan  nampak semula changes yang telah kita buat sebelum fail itu rosak.

Jika kawan-kawan tak perlu untuk dapatkan semula perubahan yang telah dibuat, cukup sahaja dengan klon projek sama sebagai baru dan bermula dari situ.


~20221018~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih