بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Seperti yang telah diceritakan dalam kiriman bertajuk [t22j18] loose object stored in git objects is corrupt, GIT menemui pelbagai masalah setelah dipindahkan ke komputer riba baru.

Masalah yang kedua adalah mesej "fatal: bad object" ketika operasi seperti fetch, pull, atau check out dilaksanakan. Kadangkala disertai dengan mesej "did not send all neccessary objects".

Setelah diperhatikan kami mendapati bahawa object yang dikatakan bad object itu ada terpampang dalam SourceTree tetapi tiada di GitLab remote. Ini bermaksud mungkin apa yang ada dalam local tidak terkini seperti dalam server.

Jika sebelum ini kami gantikan semua dalam folder .git/objects, kali ini kami search nama object yang dipaparkan dalam mesej bad object itu, dan kemudian kami delete fail-fail yang berkenaan. Tetapi ikhtiar itu hanya berkesan kepada sebahagian bad object sahaja. Masih ada juga mesej bad object tetapi apabila kami search dalam folder .git tiada pun fail-fail dengan nama tersebut.

Puaslah kami Google dan sebagainya. Akhirnya entah bagaimana kami terfikir kenapa tak cari teks nama bad object tu menggunakan Notepad++ dan cari dalam folder .git tersebut. Usaha kami kali ini berhasil, memang kami menemui perkataan yang dicari itu dalam fail bernama "D:\NetBeansProjects\nama_projek\.git\packed-refs". Alhamdulillah setelah kami delete satu baris yang mengandungi perkataan (nama bad object) tersebut, masalah bad object ini tiada lagi.

Tetapi jangan lupa untuk sentiasa backup fail-fail kawan-kawan sebelum melakukan aktiviti ini, mana tahu jika wujud masalah lain nanti.

 


~20221028~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih