بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Koleksi peribahasa tentang rindu sama ada dalam peribahasa itu sendiri atau maksudnya.


Adat muda menanggung rindu

Maksud peribahasa: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai cubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).

Api makan sekam /Seperti api makan sekam / Seperti api dalam sekam

  • Maksud peribahasa: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
  • sekam = dedak

Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati / Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati

  • Maksud peribahasa:
    • Sangat rindu;
    • sangat berkasih-kasihan.
  • sarak = pisah.

Laksana jentayu menantikan hujan

  • Maksud peribahasa: Sangat rindu.
  • jentayu = burung garuda yang besar.
  • Contoh ayat:
    • Halimah sangat rindu ibu bapa di kampung laksana jentayu menantikan hujan.
    • Lee Chong Wei laksana jentayu menantikan hujan kerana sudah 2 bulan dia merindukan untuk menentang Lin Dan.

Mandi tak basah

Maksud peribahasa:

  • Orang yang keras hati;
  • terlalu rindu.

Putih mata kerana memandang

Maksud peribahasa: Menanggung rindu.

Retak pertujuh

Maksud peribahasa: Hati yang sangat rindu.

Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka

Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.

 

Seperti pungguk rindukan bulan

  • Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang sukar diperoleh.
  • Contoh ayat: Penyokong Manchester United seperti pungguk rindukan bulan apabila berangan kelab mereka akan menjuarai Liga Inggeris.

 


Rujukan


~20221212~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih