بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Master suka makan kuaci dan satu permasalahan ketika nak beli kuaci ini adalah logo halal yang digunakan pelik-pelik. Boleh dikatakan memang tak jumpalah logo HALAL JAKIM digunakan. Lepas tu apabila kita nak semak guna portal HALAL JAKIM macam perlahan dan tak mesra pengguna, maka Tedi senaraikanlah di sini untuk rujukan kami pada masa depan.
Produk kuaci bunga yang mendapat pengiktirafan HALAL JAKIM ialah:
Jenama | Produk | Nama Syarikat | Tamat Tempoh | |
ALIBA | KUACI BUNGA MATAHARI / SUNFLOWER SEED | YEW CHIAN HAW (M) SDN BHD | 15/07/2023 | |
BRAND SEAL KUACIMAS | ROASTED SUNFLOWER SEED (KUACI) | TANG SOON LAI TRADING | 30/04/2023 | |
CHACHEER | KUACI BUAH BUNGA MATAHARI (Perasa Karamel, Kelapa, Krim, Garam Laut, Wangi, Masin dan Wangi) | CHACHEER (MALAYSIA) SDN BHD | 15/02/2023 | |
CRISPY & CRUNCHY | MALA SUNFLOWER SEEDS / KUACI BUNGA PERISA PEDAS | DESA SOUTHERN FOOD PRODUCTS SDN BHD | 30/06/2023 | |
COMBYWIDE | Kuaci bunga | COMBYWIDE MARKETING SDN BHD | 15/03/2024 | |
KUACI KU | KUACI BUNGA MATAHARI (ROASTED SUNFLOWER SEED) | MIABI FOOD SDN BHD | 30/04/2023 | |
LUMBA-LUMBA | KUACI BUNGA MATAHARI (ROASTED SUNFLOWER SEED) | MIABI FOOD SDN BHD | 30/04/2023 | |
RIRAF | KUACI RANGUP BERSALUT TEPUNG BBQ, CHEESE, HOT & SPICY, NESTUM, ORIGINAL, TOMYAM. | RIRAF ENTERPRISE | 15/04/2024 | |
SL KANGAROO BRAND | Kuaci bunga | S.L. MARKETING (M) SDN BHD | 28/02/2023 | |
Terkejut juga kerana tidak banyak pilihan yang ada dan jenama yang ada pun macam tak pernah dengar. Rasanya SL Kangaroo Brand ini sahaja yang ada di pasaran, manakala 1 lagi jenama terkenal nampaknya tidak menggunakan HALAL JAKIM ini.
~20230120~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.