بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah koleksi peribahasa Melayu yang berkenaan dengan mereka yang berbaik semula setelah berlaku salah faham atau pergaduhan.

Kandungan

  1. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga
  2. Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang
  3. Biduk lalu kiambang bertaut
  4. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
  5. Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas
  6. Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak

 


Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

Kandungan

Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang

Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali.

Bandingkan dengan peribahasa: Biduk lalu kiambang bertaut.

Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

Kandungan

Biduk lalu kiambang bertaut

Maksud peribahasa biduk lalu kiambang bertaut ialah:

  1. Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir.
  2. Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik (semula)

Kawan-kawan kenal bunga kiambang? Ia tumbuhan yang selalunya terapung di tasik dan dalam jumlah yang banyak. Apabila sesebuah perahu melalui kawasan yang ada bunga kiambang ini ia akan berpecah berserakan, tetapi sebaik sahaja perahu melepasi kawasan tersebut bunga kiambang ini akan berkumpul semula mengikut pergerakan air. Perpecahan yang sementara ini dijadikan lambang pergaduhan manakala berkumpulnya semula bunga kiambang itu dijadikan lambang berbaik-baik semula. Biduk digambarkan sebagai pihak ketiga atau orang luar yang menyebabkan atau mencampuri pergaduhan sesama saudara atau keluarga.

Biduk: sejenis perahu (untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai). Jika ingin meredah air yang tenang seperti tasik dan tepian sungai tetapi permukaan airnya penuh dengan tumbuhan seperti kiambang, maka perahu jenis biduk paling sesuai digunakan. Perahu ini bawahnya tajam seumpama pisau yang membolehkannya membelah tumbuhan berangkai di atas air. [Sumber]
Pengacum: penghasut, penentang, penantang.

Contoh ayat menggunakan peribahasa biduk lalu kiambang bertaut ialah:

  1. Pendekatan 'biduk lalu kiambang bertaut' perlu dijadikan pegangan ahli PKR selepas pemilihan bagi mengukuhkan kedudukan dan memperkasakan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). [Sumber]

Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang.

Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.

biduk lalu kiambang bertaut maksud {40} peribahasa biduk lalu kiambang bertaut {36}

Kandungan

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

Baca karutan Tedi mengenai peribahasa Carik-Carik Bulu Ayam, Lama-lama Bercantum Juga.

Kandungan

Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Kandungan

Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak

Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir.

Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut.

Kandungan


Kiriman ini adalah untuk menjawab pertanyaan mengenai peribahasa berbaik semula {6.7}, peribahasa bergaduh berbaik semula {6.0}, peribahasa untuk berbaik semula selepas bergaduh {5.0}, peribahasa untuk bergaduh dan berbaik semula {4.6}, peribahasa adik beradik bergaduh berbaik semula {4.0}, peribahasa gaduh dan berbaik semula {3.4}, peribahasa bergaduh dan berbaik semula {3.0}, dan peribahasa untuk orang yang bergaduh dan berbaik semula {2.5}. Semoga kikriman ini telah menjawab pertanyaan kawan-kawan dan dapat memberikan manfaat.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih