بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Cabaran Newcastle United menjadi lebih sukar setelah berada di kedudukan ketiga terbaik apabila mula memasuki separuh saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Itu amaran pengendali The Magpies, Eddie Howe kepada pemain Newcastle selepas terpaksa menunggu jaringan minit ke-89, Alexander Isak untuk tiga mata ketika menewaskan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris.,

“Sejujurnya ia adalah separuh pertama musim yang sangat baik untuk kami. Kami telah bertambah baik dari awal musim hingga sekarang. Saya rasa masih ada lagi perkembangan positif dalam pasukan pada masa depan.

“Saya sangat gembira dengan komitmen para pemain dan apa yang telah mereka berikan untuk pasukan dan untuk saya dan kelab, menyaksikan kelab berada di kedudukan terbaik.

Namun harus diingatkan bahawa cabaran sukar dan sengit telah pun bermula untuk kelab ini,” kata pengendali berusia 45 tahun tersebut

The Magpies memintas Manchester United di tangga ketiga selepas kemenangan 1-0 ke atas Fulham di Stadium St James Park pada Isnin.

Untuk rekod, Newcastle juga mara ke separuh akhir Piala Liga, akan berdepan Southampton dalam perlawanan pertama 25 Januari ini sebelum timbal balik kedua di Stadium St James Park pada 1 Februari.

oleh ZURAIMEE ZAINAL16 Januari 2023 01:31pm, 20230116 13:31

Cabaran Newcastle United baru bermula - Sinar Harian


~20230211~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih