بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


  1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek
  2. Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu
  3. Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok
  4. Berpatah arang berkerat rotan
  5. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
  6. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang
  7. Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari
  8. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni
  9. Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah
  10. Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu
  11. Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali
  12. Sebagai aur dengan tebing
  13. Sepantun kasau dengan bubungan
  14. Seperti gerup dengan sisir
  15. Seperti keroncor dengan belangkas
  16. Terapung sama hanyut, terendam sama basah / Terapung sama hanyut, lulus sama terbenam
  17. Tidak kekal bunga dikarang

gambar logo perinahasa Melayu persahabatan
Persahabatan ada banyak ragamnya maka begitu juga peribahasa tentang persahabatan sama ada mengenai persahabatan yang akrab atau persahabatan yang kemudian menjadi permusuhan. Tema kesetiaan juga dirakamkan dalam peribahasa tentang persahabatan ini.

Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek

Maksud peribahasa: Persahabatan yang sangat karib.

peribahasa tentang persahabatan yang akrab {99}

Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu

Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok

Berpatah arang berkerat rotan

  1. Maksud peribahasa:
    1. Memutukan tali persahabatan.
    2. Memutuskan tali persaudaraan.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud peribahasa: Persahabatan yang sangat karib / akrab.

Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang

  1. Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat
  2. Tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna.

Peribahasa lain yang sama makna:

  1. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras
  2. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga.

Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

Persahabatan yang sangat karib.

Peribahasa lain yang sama makna:

  1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.
  2. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.

Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah

Persahabatan yang karib.

Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali

Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.

Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.

Sebagai aur dengan tebing

  1. Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan
  2. Persahabatan yang sangat karib.

Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.

Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan.

aur = buluh / bambu

Jika nak difahami peribahasa ini, aur (buluh / bambu) selalunya berada di tebing di mana saling memberi manfaat iaitu aur dapat hidup manakala tebing pula menjadi kukuh kerana dikuatkan oleh kehadiran aur itu. Oleh sebab itu ada satu lagi peribahasa berbunyi "bagai aur dengan tebing" yang bermaksud orang yang saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Tetapi dalam konteks ini aur dan tebing digambarkan sebagai perhubungan yang rapat.

Sepantun kasau dengan bubungan

  1. Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan.
  2. Persahabatan yang sangat karib.

Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing.

kasau: kayu yang dipasang melintang pada bumbung rumah dan lain-lain (sebagai rangka utk memasang atap).

bubungan:  bahagian rumah yang di atas sekali untuk rumah yang atapnya berbentuk huruf V terbalik.

sepantun: seperti, macam, seumpama

<top>

Seperti gerup dengan sisir

Perhubungan yang amat mesra (tentang persahabatan dan sebagainya).

gerup = suatu alat tenun, tempat meletakkan sisir.

Seperti keroncor dengan belangkas

Persahabatan yang karib.

keroncor = ketam besar jantan.

Terapung sama hanyut, terendam sama basah / Terapung sama hanyut, lulus sama terbenam

Persahabatan yang setia, sehidup semati.

Tidak kekal bunga dikarang

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.


Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


~20230201~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih