بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Kandungan:
- Bertambah semakin kurang
- Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan)
- Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari
- Kalau bersahabat cari sama babat
- Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut
- Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut
- Layar menimpa tiang
- Lebih pucuk, lebih pelepah?
- Memancing dalam belanga
- Memepas dalam belanga
- Menggunting dalam lipatan
- Mengorek dompet kawan
- Menohok kawan seriring
- Rosak bawang ditimpa jambak
- Terbang bertumpu, hinggap mencengkam
Bertambah semakin kurang
Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan)
Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri.
Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung.
Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam.
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari
- Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula.
- buang kawan lama cari kawan baru.
Kalau bersahabat cari sama babat
Pilihlah kawan daripada golongan sendiri.
babat = pasang, suku, golongan.
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.
tunjang = akar yang di atas tanah.
Layar menimpa tiang
Kawan menjadi lawan.
Lebih pucuk, lebih pelepah?
Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).
Memancing dalam belanga
Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri.
Peribahasa lain yang sama makna: Memepas dalam belanga.
Memepas dalam belanga
Mencari keuntungan dalam lingkungan keluarga atau kawan sendiri.
Peribahasa lain yang sama makna: Memancing dalam belanga.
pepas = kail, pancing.
Menggunting dalam lipatan
Mencelakakan kawan atau saudara sendiri.
Mengorek dompet kawan
Menipu supaya kawan berbelanja.
dompet = tas kecil tempat wang.
Menohok kawan seriring
Mencelakakan kawan sendiri.
Bandingkan dengan: Menggunting dalam lipatan.
Rosak bawang ditimpa jambak
Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.
Terbang bertumpu, hinggap mencengkam
Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri.
Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).
Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung.
senarai peribahasa {84} peribahasa melayu dan maksud {85} peribahasa mengikut tema kawan {70} peribahasa tentang kawan {15} peribahasa untuk kawan {13} peribahasa kawan {9.8}
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
~20230202~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.