بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


  1. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya
  2. Burung hantu kesiangan
  3. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang
  4. Burung terbang dipipiskan lada
  5. Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan
  6. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan
  7. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
  8. Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.
  9. Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.
  10. Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.
  11. Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
  12. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.
  13. Laksana burung diam dalam sangkar
  14. Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan
  15. Seperti burung gagak pulang ke benua
  16. Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan
  17. Terbang burung, berinsang ikan
  18. Umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
  19. Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak

Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya

Maksud peribahasa: Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.

Burung hantu kesiangan

Maksud peribahasa: Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.

Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang

Maksud peribahasa:

  1. Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat;
  2. tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna.

Peribahasa lain yang sama makna:

  1. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.
  2. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga.

Indeks: peribahasa burung pipit dan enggang {3.0}

<top>


Burung terbang dipipiskan lada

  • Maksud peribahasa burung terbang dipipiskan lada ialah: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
  • Peribahasa lain yang sama makna:
    • Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan
    • Rusa di hutan, kancah sudah dijerang.
  • pipis = giling.
  • Indeks:
    • maksud burung terbang dipipiskan lada {62,39}
    • burung terbang dipipiskan lada maksud {47}
    • maksud peribahasa burung terbang dipipiskan lada {29}
  • Peribahasa burung terbang dipipiskan lada ini jika diterjemah secara langsung bermakna burung yang hendak dimasak masih terbang bebas belum ditangkap, tetapi kita sudah sibuk menggiling lada untuk dijadikan rencah untuk memasak burung tersebut. Macam berangan pun ya juga.

Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan

Maksud peribahasa: Jangan percaya akan sesuatu yang kita belum tahu dengan sahnya.

Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

Maksud peribahasa: Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan

Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.

Maksud peribahasa: Tidak ada kemerdekaan.

Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai.

Maksud peribahasa: Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya.

semu = tipu, khianat.

Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.

Maksud peribahasa:

  1. Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya;
  2. tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.

Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit

Maksud peribahasa:

  1. Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya
  2. tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.

Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.

Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar.

Maksud peribahasa: Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.

Peribahasa lain yang sama makna:

  1. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
  2. Harapkan guntur di langit, air tempayan ditumpahkan
  3. Harapkan guntur di langit, air tempayan ditumpahkan
  4. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan
  5. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan.

Laksana burung diam dalam sangkar

Maksud peribahasa Laksana burung diam dalam sangkar ialah: Orang yang terikat hidupnya.

Indeks: peribahasa burung dalam sangkar {22}

<top>


Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan

Maksud peribahasa: Jangan mengharapkan sangat sesuatu yang susah diperoleh.

Seperti burung gagak pulang ke benua

Maksud peribahasa: Walaupun telah keluar negeri, tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja.

Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan

Maksud peribahasa: Orang yang biasa bercampur dengan orang-orang yang berakal, susahlah hendak dipengapakan dia.

Terbang burung, berinsang ikan

Maksud peribahasa: Tidak banyak memilih.

Umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung

Maksud peribahasa: Anak gadis dalam pingitan

Indeks: peribahasa burung dalam sangkar {22}

<top>


Umpama burung, tumpang beramai dengan kawan yang banyak

Maksud peribahasa: Orang dagang yang mencari hiburan di negeri asing.


~20230301~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih