بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Selepas selesai mengunjungi Pantai Morib kami bergerak pulang melalui Banting. Jika kawan-kawan merupakan peminat badminton Malaysia mungkin kawan-kawan sedia maklum bahawa Banting telah melahirkan satu keluarga legenda badminton Malaysia iaitu anak-anak Sidek. Kami mengambil kesempatan untuk singgah di rumah keluarga Dato Haji Sidek yang turut menempatkan Tugu Peringatan Keluarga Dato Haji Sidek. Tugu peringatan ini menampilkan arca 2 raket badminton mengapit satu bulu tangkis.
TUGU PERINGATAN KELUARGA DATO HJ SIDEK
DIABADIKAN KERANA KEJAYAAN ANAK-ANAKNYA DI ARENA BADMINTON:
HJ MISBUN, RAZIF, JALANI, ABD. RAHMAN, ABD. RASHID, JAMALIAH
# Saturday, 5 March 2016, 21:02 # SONY ILCE-5000 # 20160305 # DSC09448 # Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor #
Pada masa kami berada di situ Tok Mak turut menemuramah anak-anak muda yang ada di sana. Mereka adalah sanak-saudara keluarga Sidek. Mereka menunjukkan kepada kami gelanggang badminton di mana anak-anak Sidek berlatih badminton di bawah seliaan ayah mereka arwah Dato Haji Sidek. Mereka turut menunjukkan kepada kami kedudukan reban ayam di mana Misbun Sidek pernah dikurung kerana kenakalan beliau semasa kecil.
Gelanggang badminton keluarga Sidek dibuat daripada simen dan pada masa kami berkunjung ke sana ada 2 bangku kayu yang mengapit gelanggang badminton tersebut. Kami mengambil peluang bergambar di sana.
# Saturday, 5 March 2016, 21:14 # 20160305 # SONY ILCE-5000 # DSC09461 #
# Saturday, 5 March 2016, 21:16 # 20160305 2116 # SONY ILCE-5000 # DSC09463 #
~20160305~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.