بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini selepas selesai bekerja dan waktu persekolahan, kami sekeluarga tak tahu mana nak tuju. Master akhirnya mencuba jalan yang baru diketahuinya yang mana akhirnya jalan itu membawa kami ke Seremban. Tiada sebarang destinasi kami tetapkan tetapi Master teringat mengenai Taman Tasik Seremban yang pernah kami intai semasa menginap di sebuah hotel di Seremban ini. Kami tiba di Taman Tasik Seremban itu pun sudah lewat iaitu sekitar 6:30 petang, tetapi Aidan nak naik bot yang bermacam jenis di sana. Ketika kami sewa bot itu pun kaunter sudah hendak tutup kerana pada waktu bekerja kaunter tutup jam 7 malam. Master tersilap kira kerana sangkakan bahawa hari ini adalah cuti umum sempena hari keputeraan Sultan Selangor sedangkan cuti umum itu hanya untuk negeri Selangor sahaja.

Kami teruskan juga menaiki bot dan pengusaha bot di sana mungkin memberi kami lebih masa untuk menikmati pengalaman menaiki bot. Ini adalah kali kedua kami menaiki bot kayuh gunakan kaki yang mana pengalaman pertama adalah semasa kami bercuti di Taiping. Pengalaman yang menarik memandangkan di Sepang tiada tasik dan peluang kayuh bot sebegini.

lukisan keluarga menaiki bot di sebuah taman tasik dengan memakai jaket keselamatan
Mummy, Aina, Master & Aidan sedang mengayuh bot di Taman Tasik Seremban.
# Monday, 12 December 2022, 18:55 # 20221212 # Kamera: OPPO Reno8 Pro 5G # Gambar: IMG20221212185558_01 # Lokasi: Taman Tasik Seremban #

~20221212~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih