بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 Pagi ini sekitar jam 2 ke 3 pagi Master sedang menyidai kain. Tidak beberapa lama lalu dua buah motosikal ditunggangi anggota Rela yang membuat rondaan menjaga keselamatan taman perumahan kami. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka menyuluh ke kawasan tanah lapang di hadapan rumah kami sambil berkata "Besar weh".

Master pun memerhatikan apa yang disuluh mereka dan kelihatan seekor babi sedang meratah anak-anak pisang yang baru dialihkan Master.

Babi punya babi.

Kata Master dalam hati sambil kemudian beristighfar cuba mengikhlaskan hati meredhai pemergian anak-anak pisang itu dimakan babi. Mungkin itu rezeki sang babi dan alhamdulillah Master menjadi perantaraan untuk babi itu merasa makan anak pisang.

Pada waktu siang Master pun menjenguk anak-anak pisang dan kelihatan 5 batang anak pisang telah tumbang, hilang akarnya dan lunyai batangnya. Mungkin babi itu mencari ubi. Ada 3 anak pisang di bahagian berhampiran jalan besar tidak diusik sang babi, mungkin dia tidak sedar akan kehadiran anak pisang tersebut. Kalau ada rezeki mungkin 3 anak pisang itu akan membesar untuk memberikan hasil kepada kami. Kalau dimakan babi lagi redha sahajalah.

Pindahkan anak pisang tanduk dari belakang rumah

Anak-anak pisang itu adalah dari laman belakang rumah kami yang kini dibersihkan atas tujuan penambahan struktur dapur. Selain anak-anak pisang, pokok-pokok lain yang telah Master alihkan adalah pokok kari.

Mungkin babi itu takkan turun bukit?

Babi yang makan anak pisang Master tu besar saiznya mungkin setinggi Aidan. Dia makan anak-anak pisang yang ditanam di bahagian atas bukit. Master rasa kalau anak pisang itu ditanam di bawah bukit mungkin akan selamat kerana sang babi itu takkan turun, agaknyalah.


~20230525~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih