بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kandungan:
  Apakah itu perumpamaan Melayu
  Fungsi dan kelebihan menggunakan perumpamaan Melayu
  Artikel akhbar berkenaan perumpamaan Melayu
  Artikel majalah berkenaan perumpamaan Melayu


Apakah itu perumpamaan Melayu

Perumpamaan Melayu adalah ungkapan yang mengandungi makna kiasan atau sindiran. 

Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan maksud perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berupa perbanding­an dengan sesuatu yang lain (umumnya me­ngandungi ajaran).

Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan perumpamaan adalah peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain dan umumnya berisi pengajaran.

Perumpamaan - Wikipedia Bahasa Melayu pula menyatakan perumpamaan adalah peribahasa yang menggunakan perkataan bagai, laksana, seperti dan ibarat.

Perumpamaan Melayu digunakan untuk menyampaikan nasihat, kritikan, pujian, sindiran atau hiburan dalam cara yang halus dan menarik.

Contohnya, perumpamaan "Bagai aur dengan tebing" bermaksud "saling bergantung antara satu sama lain".

 

Fungsi dan kelebihan menggunakan perumpamaan Melayu

Perumpamaan Melayu mempunyai banyak fungsi dan kelebihan. Antaranya ialah:

  1. Perumpamaan Melayu dapat memperkaya bahasa dan budaya Melayu dengan menunjukkan kearifan dan pengalaman orang Melayu dalam berbagai bidang kehidupan.
  2. Perumpamaan Melayu dapat menambah daya imaginasi dan kreativiti pembaca atau pendengar dengan menggunakan gambaran yang indah dan menarik.
  3. Perumpamaan Melayu dapat menyampaikan mesej yang mendalam dan berkesan dengan menggunakan kata-kata yang ringkas dan padat.
  4. Perumpamaan Melayu dapat menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pembaca atau pendengar dengan menggunakan kata-kata yang tidak langsung dan memerlukan pemahaman.

Oleh itu, perumpamaan Melayu adalah salah satu aset bahasa dan budaya Melayu yang patut dihargai dan dipelajari oleh semua orang. Perumpamaan Melayu bukan sahaja dapat memperkukuhkan identiti dan jati diri orang Melayu, tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan berfikir secara kritis dan kreatif.

 

Artikel akhbar berkenaan perumpamaan Melayu

  1. Perumpamaan Moden oleh Muzayyin Hayat dalam akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 24.10.1993.
  2. Gajah dalam perumpamaan Melayu oleh K.Bali dalam akhbar Sabah Times bertarikh 02.09.1994.

 

Artikel majalah berkenaan perumpamaan Melayu

  1. Perumpamaan dalam pantun oleh Siti Zaleha M. Hashim dalam majalah Pelita Bahasa pada 1 December 2006
  2. Perumpamaan dan kias ibarat membijaksanakan cara berfikir oleh Aripin Said dalam majalah Pelita Bahasa pada 1 April 1992
  3. Perumpamaan dan kilatan oleh Harahap, Darwis dalam majalah Pelita Bahasa pada 1 July 1996
  4. Fungsi perumpamaan dalam pertuturan oleh Luie Elis dalam majalah Pelita Bahasa pada 1 March 2009
  5. Menterjemahkan perumpamaan atau bidalan Inggeris oleh Abdullah Muhammad 'Ali dalam majalah Dewan Bahasa pada 1 December 1957
  6. Mengenal sifat-sifat bangsa Melayu dari pantun, perumpamaan dan pepatah oleh Mahda Bahaman dalam majalah Dewan Bahasa pada 1 March 1960

 

Itu sahajalah tulisan Tedi mengenai perumpamaan Melayu. Ada apa-apa lagi mengenai perumpamaan Melayu yang ingin kawan-kawan tahu? Insha-Allah akan Tedi menjawabnya melalui kemaskini pada masa akan datang.


Indeks: perumpamaan Melayu {99}


~20230512~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih