بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Mummy bercadang mahu sambung rumah dengan tambah bahagian dapur di laman belakang rumah kami. Kontraktor pembinaan telah dilantik. Cadangannya untuk bina struktur tambahan satu tingkat sahaja. Ini adalah kronologi aktiviti semasa pembinaan struktur tambahan tersebut.
25 Mei
Pekerja kontraktor binaan mula membersihkan halaman belakang. Tanah yang dulu penuh dengan tanaman dan semak-samun kini menjadi padang jarak padang tekukur. Pembekal mula menghantar bahan-bahan binaan seperti simen, kayu, dan besi.
27 Mei
Para pekerja kontraktor mencabut bahagian foyer belakang rumah kami. Tak tahulah jika isitlah foyer adalah istilah yang tepat. Cadangan projek ubah suai ini adalah untuk sambung bahagian dapur rumah dengan binaan baru 1 tingkat. Kita tengoklah apa hasilnya nanti?
Proses pembinaan bermula dengan aktiviti memecahkan dan mencabut apa yang patut. Selain itu pekerja kontraktor pengubahsuaian rumah kami mula menggali lubang untuk tiang-tiang yang akan dibina nanti.
# Saturday, 27 May 2023, 09:01 # 20230527 # Kamera: Xiaomi M2101K7BG # Gambar: IMG_20230527_090130 #
# Saturday, 27 May 2023, 15:58 # 20230527 1558 # Gambar: IMG_20230527_155831 # Kamera: Xiaomi M2101K7BG # Lokasi: Rumah BBST #
7 Ogos
Tingkap dapur yang sekian lama dinantikan akhirnya tiba dan dipasang pada petang ini.
~20230527~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.