بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Tiada peribahasa Melayu yang Tedi temui mempunyai perkataan bertanggungjawab di dalamnya, tetapi ada beberapa peribahasa yang maksudnya berkaitan dengan sikap bertanggungjawab.


Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

Peribahasa "sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk" bermaksud: Sama-sama ikut bertanggungjawab.

Tangan yang celaka kerja jatuh

Maksud peribahasa "tangan yang celaka kerja jatuh" adalah: Mendapat kerugian kerana perbuatan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab.

Terimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar / Terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar

  1. Tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang diperbuatnya.
  2. Mahu melepaskan diri daripada kerugian.

Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua

Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.


~20230623~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih