بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Lampu LED mula memainkan peranan penting dalam hidup kami sekeluarga apabila Master mula mencari mentol atau lampu cekap tenaga untuk menggantikan mentol-mentol lama di rumah kami.

Demi mencapai hasrat murni Master itu Tedi membantu beliau untuk senaraikan jenama-jenama lampu LED di dunia. Jenama lampu LED ini disusun mengikut susunan huruf. Jenama yang ditebalkan adalah jenama yang pernah Tedi ketemui.

  1. Acuity Brands (USA)
  2. Cree (USA)
  3. Eaton (USA)
  4. EcoSmart (USA)
  5. Everlight Electronics (Taiwan)
  6. FSL (China)
  7. Feit Electric (USA)
  8. GE Lighting (USA)
  9. Lumileds (USA)
  10. Lumitronix (USA)
  11. MLS (China)
  12. Opple (China)
  13. Osram (Germany)
  14. Panasonic (Japan)
  15. Philips (Netherlands)
  16. Samsung (South Korea)
  17. Seoul Semiconductor (South Korea)
  18. Sylvania (USA)
  19. TCP (USA)
  20. Westinghouse (USA)
  21. Zumtobel Group (Austria)

Lampu LED bermaksud 1 set lampu LED atau juga hanya mentol LED. Mentol LED yang kami beli selalunya berbentuk bulat dan juga berbentuk tiub. Mentol LED tiub digunakan pada lampu downlight dan juga lampu hiasan, manakala mentol LED bulat kami pasang pada lampu pagar. Orang kata mentol lampu LED ini lebih jimat kerana ia kononnya tahan lama dan kurang menggunakan elektrik, tetapi pengalaman kami menunjukkan mentol LED ini hanya tahan 1 tahun sahaja tidak sampai 2 tahun, manakala mentol biasa yang kami gunakan ada yang telah melebihi 10 tahun!

Tetapi Master tetap juga memilih untuk beli mentol atau lampu LED kerana pengalaman Master menunjukkan metol LED ini kurang panas berbanding mentol biasa, di mana kita ketahui bahawa tenaga berubah-ubah dalam kes ini tenaga elektrik selain berubah kepada tenaga cahaya ia juga berubah kepada tenaga haba. Mengikut teori Master apabila lebih panas mentol bermaksud lebih banyak tenaga elektrik dibazirkan menjadi tenaga haba sekaligus menunjukkan lebih banyak penggunaan elektrik di situ.

Mentol LED dibeli Master untuk gantikan mentol downlight, lampu hiasan, dan lampu pagar, manakala set lampu LED Master pasang di bilik air. Salah satu kelemahan apabila gunakan set lampu LED ini ialah apabila rosak kita terpaksa gantikan satu set. Kalau rosak pada waktu malam, mana nak cari kedai untuk beli set lampu LED ini? Mungkin terpaksa beli set lampu kecemasan sebagai sokongan apabila berlaku situasi sedemikian.


Karangan ini adalah salah satu karangan daripada siri Zero to hero untuk pertanyaan jenama lampu LED pada indeks ke-94 {20230829}. Mula ditaip pada 20230829.


~20230829~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih