بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Mati-mati Tedi sangkakan gambar ini adalah mengenai kopi susu yang dibeli oleh Mummy di pejabat beliau kerana sesungguhnya hanya Mummy sahaja yang menggemari minuman pelik-pelik sebegini. Tetapi jauh panggang dari api, rupa-rupanya gambar ini adalah gambar kopi susu yang dibeli oleh Master di kedai Tedboy yang terletak di sebelah bangunan Touch 'n Go.
Pelik juga bagaimana Master boleht terjebak ke dalam kancah beli kopi ala-ala hipster ni sedangkan duit tak berapa nak ada?
Pada masa itu Master bekerja di bawah syarikat TNG Digital iaitu anak syarikat Touch 'n Go. TNG Digital merupakan pembangun TNG e-Wallet dan sekitar tahun 2018 itu merupakan salah satu peneraju e-Dompet Malaysia. Salah satu usaha untuk membanyakkan transaksi penggunaan e-Wallet di samping sebagai satu bentuk token penghargaan kepada para pekerja, TNG Digital bagi elaun dalam bentuk e-Wallet. Pada masa itu tidak banyak tempat yang terima pembayaran melalui e-Dompet, dan Tedboy berhampiran Touch 'n Go ini adalah salah satu peniaga yang menerima pembayaran tanpa tunai atau pembayaran digital menggunakan TNG e-Wallet, maka Master dan kawan-kawan pun berbelanjalah di sana untuk memenuhi kehendak syarikat walaupun pada dasarnya tidak berbaloi untuk minum kopi harga mahal sebegini.
# Tuesday, 9 October 2018, 13:12 # 20181009 # kamera: XiaomiR Redmi Note 5A # gambar: IMG_20181009_131228 # lokasi: https://maps.app.goo.gl/6QnuHLqdsAtaXTTi7 #
~20181009~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.