بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan]

  1. Mencari Nasi Lemak Ikan Aya
  2. Lokasi Kedai Makan Kak Ani Ajil

Mencari Nasi Lemak Ikan Aya

Rupa-rupanya bukan senang nak memenuhi permintaan Tok Mak nak makan nasi lemak, nasi dagang bersambalkan ikan aya. Kebanyakan kedai yang Master singgah jual nasi lemak biasa-biasa sahaja ala-ala Kuala Lumpur juga. Takkanlah kami dari jauh datang Terengganu ni nak makan nasi lemak biasa-biasa saja, mestilah nak merasa juga sarapan pagi ala Terengganu.

Ketika berasa hampa kerana gagal menunaikan amanah yang diberi dan banyak juga kedai telah dilawati sama ada diterjah atau melalui carian Google atau bertanya pemilik kedai-kedai (yang diterjah tadi), akhirnya Master ternampak papan tanda Kedai Makan Kak Ani ini. Niat Master ini adalah kedai makan terakhir akan dikunjungi pada pagi ini jika tiada juga apa yang dicari, beli sahajalah apa yang ada.

Tetapi nasib kami baik, ada juga rezeki makan sarapan pagi Terengganu di sekitar Jalan Kuala Berang ni, ada menu yang dicari di kedai ini walaupun dari luar nampak biasa-biasa sahaja.

gambar kedai makan Kak Ani Ajil
# CCTV 24 JAM. Aduan Polis K. Berang, Polis Ajil.
# L-004802-6, TR0095497-T, Kedai Makan Kak Ani. Menerima Tempahan 5808/014-802 7775. Bukit Perah
# Menu Sarapan Pagi: Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Kerabu Ayam Bakar, Mee Hun, Mex Goreng, Mee Teow, Roti Canai.
# Nasi Bajet Kak Ani - Rm 5.00 - Air Sirap Percuma
# Papan Tanda Simpang Ke Bukit Besi.
# Sunday, 25 December 2022, 10:35 # 20221225 # Xiaomi M2101K7BG # gambar: IMG_20221225_103557 #

[Kandungan]

Lokasi Kedai Makan Kak Ani Ajil

[Kandungan]


~20221225~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih