بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini Aidan pulang dari taska dengan dahinya bertampal akibat terhantuk pintu tandas apabila tiba-tiba kawannya buka pintu tandas tersebut. Kami bawa dia ke klinik untuk diperiksa mana tahu jika lukanya dalam tetapi doktor kata tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

lukisan seorang budak lelaki dengan dahi bertampal

Mengejar Bunga Api di Putrajaya

Pergi ke Putrajaya untuk menyaksikan bunga api tetapi ternyata hampa kerana tiada pertunjukan bunga api pada tahun ini. Destinasi pertama kami tujui adalah Marina Putrajaya tetapi kami beredar setelah melihat suasana agak sendu di mana hanya 2 keluarga sahaja berada di sana. Aina dan Aidan pun sudah mengantuk maka kami ambil keputusan mengejar bunga api dengan menaiki kereta sahaja. Kami menaiki kereta ke Masjid Besi dan ternyata itu adalah satu malapetaka kerana keadaan sungguh sesak di sana tambahan pula sambutan kemerdekaan akan diadakan di sekitar sana pada keesokan hari. Akhirnya adalah juga bunga api tapi mungkin bunga api main-main sahaja bukan bunga api yang gegak gempita tu.

gambar pemandangan jambatan dari Marina Putrajaya
# Wednesday, 30 August 2023, 22:52 # kamera: OPPO Reno8 Pro 5G # gambar: IMG20230830225200 # Lokasi: https://maps.app.goo.gl/zBct3KRuQNgjLwg28 #

~20230830~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih