بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu

Pasar ini bebtul-betul terletak di sebelah Pasar Kraftangan sehinggakan Tedi menyangkakan ia adalah dalam pasar yang sama tetapi apabila disemak dalam Google Map ternyata bukan. Kami beli ikan bilis, ikan masin, kuih cincing, amplang dan Kopi Tenom di sini.

Pasar Ikan Masin K.K Gerai No. 16 Aziz. 011-65263634 Liza Aziz, 013-5528833 Aziz, 012-8027030 Muzib.
# Saturday, 30 September 2023, 14:14 # 20230930 # Xiaomi M2101K7BG # gambar: IMG_20230930_141446 # # lokasi: https://maps.app.goo.gl/xYh8TJ31jWv6jvii8  #

Aidan pada masa ini melelapkan mata, keletihan maklumlah sejak daftar keluar hotel kami menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar Pasar Kraftangan dan Pasar Ikan Masin ni, jarak berjalan kaki dari Hotel The Klagan boleh tahan juga, tetapi memandu kereta ke sini bukan satu pilihan buat kami kerana sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta. Banyak kereta diletakkan di tepi jalan sahaja dan berlapis-lapis menghalang kereta lain. Selain itu keadaan cuaca yang panas juga membuatkan kita mengantuk. Tidak tahulah sama ada suhu panas di Kota Kinabalu ini atau mungkin kami sudah terbiasa dengan suhu sejuk di Kundasang.

gambar lukisan seorang budak lelaki sedang tidur
Aidan tidur semasa Mummy beli-belah di Pasar Kraftangan.
# Saturday, 30 September 2023, 14:43 # Xiaomi M2101K7BG # 20230930 # IMG_20230930_144350 # https://maps.app.goo.gl/a5hd4xhYWDcGqaKG6 #
gambar lukisan penjual ikan masin Kota Kinabalu
 Aina dan Mummy sedang mendengar promosi daripada penjual ikan masin.
# Saturday, 30 September 2023, 14:54 # 20230930 # kamera SONY ILCE-5000 # gambar DSC04285 # lokasi: https://maps.app.goo.gl/B71pRU9od14SyJ4y9 #
 

~20230930~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih