بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah koleksi peribahasa tentang belajar yang sesuai untuk digunakan oleh kita para pelajar. Walaupun mungkin bukan sebagai seorang murid sekolah, peribahasa belajar ini sesuai digunakan oleh kita dan masih relevan kerana sesungguhnya kita perlu sentiasa belajar.

[Kandungan]

  1. Ayam baru belajar berkokok
  2. Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang
  3. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam
  4. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
  5. Lekuk batu dititik air selalu
  6. Membuat mahu menuras tidak
  7. Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut
  8. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga

Ayam baru belajar berkokok

Maksud peribahasa: Baru cukup umur.

[Kandungan]

Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang

  1. Maksud peribahasa: Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua.
  2. lepang = sejenis pohon.

[Kandungan]

Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam

  1. Maksud peribahasa: Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Lekuk batu dititik air selalu,
    2. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.
  3. Kategori:
    1. peribahasa belajar bersungguh-sungguh.

[Kandungan]

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

Maksud peribahasa: Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

[Kandungan]

Lekuk batu dititik air selalu

  1. Maksud peribahasa: Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam,
    2. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.
  3. Kategori: peribahasa belajar bersungguh-sungguh

[Kandungan]

Membuat mahu menuras tidak

  1. Maksud peribahasa: Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut.
  2. menuras = menapis.
  3. Kategori: peribahasa malas belajar

[Kandungan]

Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut

Maksud peribahasa: Ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah.

[Kandungan]

Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga

  1. Maksud peribahasa: Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam
    2. Lekuk batu dititik air selalu.
  3. Kategori: peribahasa belajar bersungguh-sungguh.

[Kandungan]

 


~20231030~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih