بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pada 26 Oktober yang lalu Master menukar 2 biji tayar belakang kereta Subaru XV kami, menggunakan tayar Continental UC7 sepertimana yang digunakan pada tayar hadapan. Ini adalah set tayar ke-3 dalam masa 8 tahun penggunaan kereta Subaru XV. Kali ini pembelian tayar Continetal disertai dengan program jaminan selama 1 tahun. Master perlu mendaftar menggunakan aplikasi Conti TCP dan daftar maklumat diri, maklumat tayar-tayar yang dibeli, dan maklumat penjual. Ini adalah satu program yang menarik, tetapi mungkin bukan semua kerosakan tayar akan ditanggung? Kiriman ini adalah untuk mempelajari tentang kerosakan tayar kereta secara umum.

Punca Kerosakan Tayar Kereta

Beberapa punca kerosakan tayar kereta adalah:

  1. Pecah atau bocor akibat benda tajam seperti paku, kaca atau batu
  2. Haus atau retak akibat penggunaan berlebihan, pendedahan kepada suhu tinggi atau bahan kimia
  3. Bengkak atau meletup akibat tekanan udara yang tidak sesuai, benturan dengan lubang atau bahu jalan, atau kerosakan pada struktur dalaman tayar
  4. Berbunyi atau bergetar akibat ketidakseimbangan tayar, masalah pada sistem suspensi atau roda, atau kecacatan pada permukaan tayar
  5. Tidak rata atau berlobang akibat gaya memandu yang agresif, penjajaran roda yang tidak betul, atau penggunaan tayar yang tidak sesuai dengan saiz rim

 


~20231030~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih