بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
[Kandungan]
- Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar
- Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga
- Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong
- Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar
- Minyak habis sambal tak enak
- Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu
- Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali
- Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar
Maksud peribahasa: Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga
Maksud peribahasa: Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong
Maksud peribahasa: Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.
Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar
Maksud peribahasa: Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.
Minyak habis sambal tak enak
Maksud peribahasa: Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu
Maksud peribahasa: Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.
Putus tali boleh disambung, patah arang mudah sekali / Putus tali boleh disambung, patah arang putus sekali
- Maksud peribahasa: Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.
- Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah
Maksud peribahasa: Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.