بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
[Kandungan]
Punca Tayar Bengkak
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan tayar bengkak, mengelembung atau benjol. Antara punca-punca tersebut ialah:
Penggunaan tayar melebihi tempoh yang ditetapkan
Tayar yang sudah usang boleh mengalami kehausan pada bunga tayar dan kelemahan pada tali-tali radial dalam tayar.
Secara purata, jangka hayat tayar kereta adalah antara 5 tahun atau setiap 50,000 km. Ia bergantung pada yang mana lebih awal . Namun, perlu diingat bahawa banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi jangka hayat tayar, termasuk keadaan jalan, gaya pemanduan, dan penyenggaraan tayar. Oleh itu, adalah penting untuk melakukan pemeriksaan berkala pada tayar kereta kita untuk memastikan keselamatan pemanduan.
Terlanggar lubang semasa pemanduan
Lubang yang dalam atau berbatu boleh menyebabkan tayar terkena impak yang kuat dan menyebabkan kerosakan pada tayar.
Mengisi angin terlalu banyak atau lebih
Tekanan angin tayar yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tayar bengkak atau dalam kes yang lebih serius boleh menyebabkan tayar pecah.
Kesan Tayar Bengkak
Tayar bengkak boleh menjejaskan prestasi, keselesaan dan keselamatan pemanduan. Anda mungkin merasakan gegaran pada stereng atau jalan yang tidak rata. Kita perlu menukar tayar baru sebelum ianya bertambah serius contohnya meletup.
Sumber rujukan:
- Punca Kerosakan Tayar Kereta
- https://www.facebook.com/HalzaPermaiSijangkang/posts/punca-tayar-bengkak-mengelembung-benjol-tayar-bengkak-benjol-mengelembung-boleh-t/2335974746622959/
- https://blog.carver.my/ketahui-5-punca-kerosakan-terjadi-pada-tayar-kereta/
- 5 Punca yang Mengurangkan Jangka Hayat Tayar Kenderaan.
- Jangka Hayat Tayar Kereta Berapa Tahun?
- Cara Baca Kod Tayar Kereta | Bjak.my.
~202400103~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
~202400103~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.