بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan]

  1. Bagai anak sepat ketohoran
  2. Bagai balak terendam
  3. Berbuat kerja seperti yajud wa majud
  4. Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda
  5. Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan
  6. Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting
  7. Hendak mendapat pisang terkupas
  8. Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu
  9. Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam
  10. Malas bergarit, perut perit
  11. Membuat mahu menuras tidak
  12. Menetak dengan belakang parang
  13. Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya? Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?
  14. Menugal rajin menuai segan
  15. Pangku tangan cerut perut
  16. Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah
  17. Ringan mulut berat punggung
  18. Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang
  19. Segan menggerak lingkar
  20. Selera bagai taji, tulang bagai kanji
  21. Sempit lalu, longgar ditokok
  22. Seperti kapak menyelam beliung
  23. Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain
  24. Seperti mengerat dengan gunting galir
  25. Seperti menukul paku lemah
  26. Suruh kerja golok Keling, suruh makan parang puting
  27. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam
  28. Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

Bagai anak sepat ketohoran

Maksud peribahasa: Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.


[Kandungan]

Bagai balak terendam

Maksud peribahasa: Orang gemuk yang malas bergerak.


[Kandungan]

Berbuat kerja seperti yajud wa majud

  1. Maksud peribahasa: Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya.
  2. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.

[Kandungan]

Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda

Maksud peribahasa: Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.


[Kandungan]

Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan

  1. Maksud peribahasa: Percaya kepada orang yang sangat malas.
  2. untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.

[Kandungan]

Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting

Maksud peribahasa: Malas bekerja tetapi banyak makan.


[Kandungan]

Hendak mendapat pisang terkupas

Maksud peribahasa: Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.


[Kandungan]

Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu

  1. Maksud peribahasa:
    1. Malas berusaha tentulah susah;
    2. segan bertanya sesat jalan.

[Kandungan]

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam

Maksud peribahasa: Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.


[Kandungan]

Malas bergarit, perut perit

  1. Maksud peribahasa: Malas berusaha tentulah kelaparan.
  2. garit = gerak,
  3. perit = pedih.

[Kandungan]

Membuat mahu menuras tidak

  1. Maksud peribahasa: Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut.
  2. menuras = menapis.

[Kandungan]

Menetak dengan belakang parang

Maksud peribahasa: Menyuruh orang malas bekerja.


[Kandungan]

Mengasah belakang kapak, bilakah tajamnya?

Maksud peribahasa: Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?


[Kandungan]

Menugal rajin menuai segan

Maksud peribahasa: Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.


[Kandungan]

Pangku tangan cerut perut

Maksud peribahasa: Malas bekerja tak dapat makan.


[Kandungan]

Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah

  1. Maksud peribahasa: Malas bekerja, tetapi banyak makan.
  2. leban = sebangsa pohon.

[Kandungan]

Ringan mulut berat punggung

Maksud peribahasa: Malas meninggalkan tempat duduk.


[Kandungan]

Salangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang / Sedangkan bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang

  1. Maksud peribahasa:
    1. Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua;
    2. sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah.
  2. salang = selang, sedang.

[Kandungan]

Segan menggerak lingkar

Maksud peribahasa: Terlalu malas.


[Kandungan]

Selera bagai taji, tulang bagai kanji

Maksud peribahasa: Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.


[Kandungan]

Sempit lalu, longgar ditokok

Maksud peribahasa: Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.


[Kandungan]

Seperti kapak menyelam beliung

Maksud peribahasa: Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja.


[Kandungan]

Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain

Maksud peribahasa: Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak.


[Kandungan]

Seperti mengerat dengan gunting galir

  1. Maksud peribahasa: Orang yang malas dan bodoh tidak akan sempurna pekerjaannya.
  2. gunting galir = gunting yang tidak ketat kuncinya.

[Kandungan]

Seperti menukul paku lemah

Maksud peribahasa: Kepayahan mengajar orang yang malas.


[Kandungan]

Suruh kerja golok Keling, suruh makan parang puting

  1. Maksud peribahasa: Malas bekerja tetapi banyak makan.
  2. Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting.

[Kandungan]

Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam

Maksud peribahasa: Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.


[Kandungan]

Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

Maksud peribahasa: Orang yang rajinlah yang selalu beruntung berbanding orang yang malas.


~20240301~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih