بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Berikut adalah senarai peribahasa yang berkaitan dengan tema ekonomi.


Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak

  1. Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu,
    2. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.
Peribahasa baik berjagung-jagung sementara padi belum masak boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana kita menggunakan segenap peluang yang ada untuk perbaiki ekonomi.

Belum tahu laba rugi

Belum tahu baik buruk

Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit

Cermat

Peribahasa ini untuk menunjukkan sikap berjimat-cermat atau menabung apabila digunakan dalam tema ekonomi.

Bertemu bukit di tepi telaga

Mendapat rezeki.

Biar dahi berluluk, asal tanduk mengena

Biar bekerja bersusah payah asal yang dimaksudkan tercapai.

berluluk = berlumpur.

Biar genting jangan putus

Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.

Biar senget jangan tertiarap

Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.

Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.

Dapat kijang teruit

  1. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
  2. Peribahasa lain yang sama makna:
    1. Dapat durian runtuh,
    2. Dapat harta karun,
    3. Dapat harta timbul,
    4. Dapat tebu rebah.
  3. teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar.

Lurah dituruni, bukit didaki

  1. Maksud:
    1. Gigih;
    2. tak mengenal lelah;
    3. azam yang kuat.

Memelihara gajah putih

Menyusahkan diri dengan memelihara orang yang tiada mendatangkan faedah.

Jika digunakan dalam tema ekonomi peribahasa memelihara gajah putih ini boleh digunakan untuk perbuatan yang merugikan seperti pembinaan bangunan yang tidak diperlukan.

Mendaki bukit berkaki dua, menurunnya berkaki seribu

Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.

Menggali paya menimbun bukit

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin.

Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.

Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk

Maksud: Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin.

Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit.

Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai

Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.

Nan lurah juga diturut air / Nan rendah juga diturut air

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.

Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas.

Padi masak, jagung mengupih

Keuntungan yang berlipat ganda.

mengupih = sudah tua.

Sedatar saja lurah dengan bukit

Tidak membeza-bezakan orang kaya dengan orang miskin.

Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit

Maksud: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain.

Seperti mendapat gagak putih

Perolehan yang bertuah.

Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata

Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.

Telur di hujung tanduk

  1. Maksud:
    1. Dalam keadaan bahaya;
    2. serba sulit.
Peribahasa telur di hujung tanduk ini boleh kita gunakan untuk gambarkan keadaan ekonomi sesebuah negara atau syarikat yang dalam keadaan genting hampir menuju kemuflisan.

Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung

Mendapat kemalangan silih berganti.

Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.


Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu


~20240629~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih